Survey 4
| No.
165 |
2011-04-27
11:21:11 |
Nama:Hamid
Kandungan
:
Salam Izuan, nak tanya harga bateri ego saya dah rosak, berapa
harganya. Bila clearomizer baru sampai? kalau kualiti dan rasanya bagus
nak cuba satu.
|
Jawapan:
Waalaikummussalam.
Harga telah diberitahu pada bahagian Replacement Part. Harga batei ego
RM60 (650mAH & 750mAH) dan RM80 (1100mAH). Clearomizer dijangka
sampai dalam masa 2 minggu lagi. kami akan updated pada website jika
clearomizer ada stok.5 Sekian terima kasih kerana
menghubungi
pihak kami.
|
| No.
164 |
2011-04-22
07:03:54 |
Nama:Nik
Kandungan
: Saya
ada membeli 4
biji atomizer 2 minggu lepas dan baru nak guna hari ini...dan lampu
bateri berkelip2...adakah atomizer rosak..adakah atomizer tersebut
dalam waranti???
|
Jawapan:
Atomizer
ada 3 bulan warranty. Jika hanya satu saja atomizer yang menyebabkan
lampu bateri berkelip-kelip, atomizer tersebut telah rosak. Jika tidak,
mungkin bateri tersebut yang rosak. Sekian terima kasih kerana
menghubungi
pihak kami.
|
| No.
163 |
2011-04-22
00:04:56 |
Nama:Wank
Kandungan
:
Assalamualaikum,
saya nak tanya.. rokok saya macam dah rosak. bila isap 2 ke 3 kali
terus tak keluar asap. kalau saya nak claim balik, kena poskan semua ke
atau atomizer sahaja, terima kasih.
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
pos barang yang rosak sahaja jika masih dalam tempoh jaminan.
Sekian terima kasih kerana
menghubungi
pihak kami.
|
| No.
162 |
2011-04-19
23:57:35 |
Nama:Muadzin
Kandungan
: Bos.
nak tanya pasal clearomizer.clearomizer yang ada banyak benang tu ada
di jual ka ?
|
Jawapan:
Clearomizer
yang banyak benang tu macam mana? boleh email gambar kepada kami kalau
ada.
Kami hanya jual satu jenis clearomizer sahaja. Stok baru clearomizer
dijangka ada 3,4 minggu lagi.. Sekian terima kasih kerana menghubungi
pihak kami.
|
| No.
161 |
2011-04-17
09:00:55 |
Nama:Faez
Kandungan
:
salam bro, nape x jual dh clereomizer? Sy baru nk beli benda ni..
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
clearomizer kami berhenti jual kerana kualiti yang diterima kurang
memuaskan. Kami akan jual kembali clearomizer dalam masa 3,4 minggu
lagi. Harap bersabar menunggu. Sekian terima kasih kerana menghubungi
pihak kami.
|
| No.
160 |
2011-04-13
04:16:15 |
Nama:Hafiz Radzali
Kandungan
:
servis lpas jualan awesome!
|
Jawapan:
Terima
kasih kerana menyokong pihak kami juga... :)
|
| No.
159 |
2011-04-11
07:38:58 |
Nama:Nik
Kandungan
:
Macam mana untuk menjaga atomizer supaya tahan lebih lama??? Berapa
titik untuk letak e-liquid dalam mega cartomizer??
|
Jawapan:
Untuk
menjaga atomizer dan cartomizer supaya tahan lebih lama:-
1. Pastikan kapas dalam katrij atau cartomizer sentiasa lembap. Kalau
kering perlu refill dengan e-liquid.
2. Jangan sedut/hisap lebih daripada 10 saat dan untuk sedut kali kedua
dan seterusnya, pastikan ada tempoh berhenti lebih daripada 5 saat
sebelum sedut kembali. Ini untuk mengelakkan atomizer dan cartomizer
terlampau panas seterusnya merosakkan atomizer/cartomizer tersebut.
Dalam mega cartomizer 4 hingga 10 titik e-liquid sudah mencukupi. Tak
perlu refill banyak-banyak..
Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
158 |
2011-04-08
22:44:05 |
Nama:Faiz Langkawi
Kandungan
: Bos
bateri ada waranti x..??kalo ada tlg cek tgk waranti sy hbis xlg..?? tq
|
Jawapan:
Bateri
ada jaminan selama 3 bulan. Bateri anda masih dalam jaminan dan sila
pos kembali bateri yang rosak ke alamat kami yang terdapat di CONTACT
& PARNER.
Untuk makluman, resit pembelian barang-barang yang mempunyai
jaminan(warranty) hendaklah disimpan oleh anda.
Jika anda gagal mengemukakan bukti pembelian, pihak kami berhak untuk
tidak menukar barang yang rosak walaupun masih dalam tempoh jaminan.
Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
157 |
2011-04-08
13:47:40 |
Nama:Faiz Langkawi
Kandungan
: Bos,
napa salah
satu bateri sy dah xleh guna..??dia jadi setelah habis..pastu sy charge
dkt charger lampu merah xnyala..still hijau..yg stu lagi ok jer..sya
rasa mcm bateri rosak..tp xtau la...
|
Jawapan:
Biasanya
kalau kes macam ni, bateri
tersebut telah rosak. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
156 |
2011-04-07
12:43:23 |
Nama:Hafiz
Kandungan
:
nk tanya, kalau pakai mega cartomizer?berapa lama boleh tahan
penggunaannya?sebab saya pakai atoomizer biasa, and refill e-liquid,
saya perasaan, x sesedap bagaimana mula2 buka plastik dulu.dan kadang2
tekak saya rasa perit sangat.so, maybe ada masalah kat maner2..then u
recomand utk pakai mega cartomizer..
satu lagi tetang clearromizer tu?berapa lama boleh tahan
penggunaannya?kalau isi 1.8ml, agak2 berapa kali blh isi?kalau nk ikut
puff(pam)rasanya x terkira kot nanti..
|
Jawapan:
Tempoh
ketahanan cartomizer di antara 2 minggu ke 3 bulan. Jika belum cuba
lagi mega cartomizer, boleh cubanya sebab ianya nice to try &
most people like it.
Buat masa sekarang pihak kami berhenti menjual clearomizer di atas
sebab-sebab tertentu. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
155 |
2011-04-07
10:33:41 |
Nama:Ridhuan
Kandungan
:
Sy amat berminat dgn produk ini. tapi x tahu nak pilih mana 1 yg
sesuai. klu boleh nak yg tahan lama tempoh hisapn & baterinya.
Produk ini buatan mana
|
Jawapan:
Anda
boleh membeli model jenis Ego, banyak vapor & bateri tahan
sehingga
6 - 8 jam. Nak tahan lama lagi bateri beli yang kapasiti 1100mAh. Semua
rokok elektronik Made
in China.
Jika ada yang bagitau
Made in USA,
mereka adalah penipu. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
154 |
2011-04-06
09:31:25 |
Nama:Zulhaini
Kandungan
:
Barang dah sampai. T.Q
|
Jawapan:
Terima
kasih kerana berurusniaga dengan kami. Happy Vaporing!!!
|
| No.
153 |
2011-04-06
06:48:19 |
Nama:Aizat
Kandungan
:
Bro, sy nk tanye, kalo sy isap e-cig ni kt tempat yg ad smoke detector,
adkh smoke detector tu ak detect e-cig ni sbg asap rokok? Sbb sy takut
kalo isap e-cig kt tmpt yg ad smoke detector ni x psl2 smoke detector
ni sembur air sbb die igt ad kebakaran he3
|
Jawapan:
Tidak
dapat dikesan dengan smoke detector sebab rokok elektronik hanya
mengeluarkan wap air(vapor) bukannya asap.. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
152 |
2011-04-06
00:11:17 |
Nama:Faez
Kandungan
:
Salam. kalo kite caj battery lbh dr dua jam x pe ke?
sbb sy hisap sekejap je cartomizer tu panas pastu bau die cam hangit
sket. nape ye..?
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
Biasanya tiada masalah jika bateri dicas lebih daripada 2 jam.
Cartomizer tu panas mungkin kekurangan e-liquid di dalamnya dan perlu
diisi supaya kapas di dalamnya sentiasa basah/lembap. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
151 |
2011-04-05
09:15:20 |
Nama:Zulhaini
Kandungan
:
Salam. Parcel saya mungkin dah samapai, tapi biasanya orang pos laju
kat Klang ni susah nak hantar kalau kena naik tangga. Memang dah banyak
kali kena macam ni. Pos Laju memang cepat. Tapi masalah serahan memang
banyak kali ada masalah.
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
buat masa sekarang kami hanya menghantar barang menggunakan pos ekspres
dan pos laju sahaja. Jika sentiasa berlaku kelewatan sampai barang yang
dipesan di kawasan anda, anda boleh membuat aduan kepada Pos Malaysia
dengan contact no dan email yang terdapat di website mereka. Sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
150 |
2011-04-05
08:26:50 |
Nama:Hafez Ipoh
Kandungan
:
Servis marvelous la bro!!!!CAya la!!recomended seller!!
|
Jawapan:
Terima
kasih di atas sokongan anda..!!!
|
| No.
149 |
2011-04-04
11:32:34 |
Nama:Faez
Kandungan
:
salam
sy nk tanye, ad x e-liquid punye perisa yg mase kite hisap kite rase
berangin dlm mulut pastu org yg bau asap yg kite hembus tu bau wangi
je..?
sy punye perisa strawberry kalo hisap die rase cam panas je kt dlm
mulut n kalo org bau asap die org kate busuk sket..
blh x suggest perisa yg best sket kt sy ?
kalo blh sy x nk perisa dunhill,malboro dan seangkatannya..
thx
|
Jawapan:
Kalau
nak perisa menthol, boleh pilih perisa menthol itu sendiri selain
perisa Salem dan semporna. Kalau nak campur menthol dengan strawberry
pun boleh. Sekian terima kasih.
|
| No.
148 |
2011-04-04
08:14:26 |
Nama:Ruzaihan Junit
Kandungan
:
assalamualaikum..
Saya dah lama melanggan... Tapi dulu saya cuma beli e-juice je. Skang
ni baru saya try e-cig dari sini. Dulu saya pengguna Smo***Hav**.
Barangnya mahal, spare parts pun mahal, even cartridge pun mahal.
Paling teruk, terlalu cepat rosak.
Dan apa yg saya tengok, di e-rokok semuanya murah. Bila saya saya beli,
saya dapati atomizernya lebih berkualiti & lebih susah utk
bocor. So saya dah humban set SH (minggu lepas my last bateri kong) dan
saya cuma akan guna set dari e-rokok.
Saya sekarang ni pakai Box-Type. Semalam baru order 510-Lite, esok
mungkin sampai... Nak tau satu je... Cartomizer tu boleh refill eh?
(Kalau SH DILARANG refill). Kalau boleh, bagaimana caranya?
Sekian terima kasih.
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
Cartomizer juga boleh refill. Caranya ialah buka tudung plastik
bahagian atas(tempat yang disedut) dan di dalamnya terdapat kapas
dengan di tengahnya terdapat lubang kecil. Titiskan e-liquid sebanyak 4
ke 10 titik ke kawasan dalam cartomizer yang mengandungi kapas
tersebut. Terima kasih kerana menjadi pelanggan tetap pihak kami.
Segala sokongan pihak anda amatlah kami hargai.
|
| No.
147 |
2011-04-04
05:01:44 |
Nama:Wak
Kandungan
:
assalamualaikum..
1) boleh tak guna kotak ecig type PCC untuk cas ecig type box...pastu
kotak tu ada built in bateri ke...
2) bila nak refil...hanya titiskan pada katrij sahaja ke ,,, kena titis
pada atomizer sekali...
3) kenapa bila kita sedut kadang2.. rasa macam asap hangit ..
terima kasih..
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
1. Tidak boleh cas bateri type box ke PCC sebab ianya berlainan saiz.
2. Bila nak refill, hanya titis pada katrij sahaja.
3. Rasa hangit mungkin disebabkan katrij/cartomizer telah kering dan
perlu refill . Mungkin juga perintang(Ohm) atomizer tidak sesuai dengan
bateri tersebut ataupun atomizer telah rosak.. Sekian terima kasih
kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
146 |
2011-04-04
01:42:18 |
Nama:Faez
Kandungan
: Sy
punya 510-lite dh smp n sy dh try mmg best. Service die mmg terbaekk
punye..hehe. Thx
|
Jawapan:
Terima
kasih kerana membeli produk kami dan sokongan anda.
|
| No.
145 |
2011-04-02
19:57:45 |
Nama:Afiq
Kandungan
:
Salam, kalo sy bank in hari sabtu, adakah sy akan mendapat barang sy pd
hari ahad? Selalunya pos laju punye posmen akan hantar barang kt rumah
sy pukul brapa?
|
Jawapan:
Wasalam,
Kalau bank in hari Sabtu, Kami akan hantar pada Hari Ahad... dan
begitulah seterusnya. Pengeposan akan dilakukan pada hari Ahad sehingga
Khamis sahaja. Sampai rumah anda pukul berapa? kena tanya pejabat pos
di kawasan rumah/pejabat anda (Bergantung kepada kuantiti barangan yang
akan dihantar pada hari tersebut dan kawasan laluan mereka). sekian
terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
144 |
2011-04-01
00:36:36 |
Nama:Jed
Kandungan
:
Salam..ego saya ni kadang2 isap dia jadi sakit tekak..sampai
terbatuk2..kenapa yer??dah masuk liquid baru, then lepas 10-15 pam jadi
balik..adakah kapas dia dah expired?baru pakai dalam seminggu
|
Jawapan:
Wasalam,
biasanya kalau baru pakai katrij dalam seminggu dan bila refill dengan
e-liquid dia ok lagi. Mungkin atomizer ada problem (terlalu
overheated). Anda boleh cuba guna atomizer yang satu lagi atau guna
cartomizer.
Biasanya kalau guna mega cartomizer, tiada masalah sakit tekak. Hubungi
kami kembali jika masalah belum selesai. Sekian terima kasih.
|
| No.
143 |
2011-03-29
07:26:50 |
Nama:Hidayat
Kandungan
:
Assalam. saje nak share pendapat. aku baca bnyk survey berkenaan
kecepatan dan kelewatan parcel smpi ke rumah dlm survey bwh ni so aku
nak share 1 cara yg aku lakukan. biasenye once aku dah order brg mcm
mlm ni. pg keesokkan aku akan cek email utk pastikan bro mizuan ni dah
sent parcel ke belum. bila dah dpt aku akan terus bukak site
e-rokok.com dan semak nama pd section buyer track & trace. kalo
nama n no pos ekspress/laju aku dah ade aku akan trus copy dan cek kat
site pos malaysia. aku just track smpi pos malaysia kate parcel aku dah
smpi ke p.o kawasan aku (cth. arrived at processing center p.o klang)
dlm kes aku bese smpi dlm pkul 8 pagi (maybe dia travel mlm kot). pas
confirm aku terus salin no pos ekspress/laju dan pegi sendiri tuntut
kat p.o (biasenye bhgian parcel xperlu beratur). dgn wat mcm ni aku
boleh dapat parcel aku 5-6 jam lebih awal. sbb kdg2 aku perasan even
parcel dh smpi awal pg tapi dor! ang mula attemptg delivery tengahri.
kalo hujan plak mmg dorang xkan hantar if yg tukang hantar naik motor n
not van. so pd sesapa yg jenis xsabar menunggu sbb jenis craving mcm
aku. boleh cuba cara ni. org kat p.o pun lagi suke layan sbb dorang
xperlu ssh hantar : )
|
Jawapan:
Wasalam,
Terima kasih kerana memberi pendapat/idea yang bagus di sini. Untuk
makluman sekali lagi, jika anda membeli dan membuat bayaran hari ini,
kami akan pos terus keesokkan harinya(dan begitulah seterusnya) kecuali
ada hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan
sebagainya. Apabila telah diserahkan kepada Pos Malaysia, adalah
menjadi tanggungjawab mereka untuk menghantar pesanan tuan puan seperti
tempoh yang mereka janjikan. Biasanya dijanjikan DIJAMIN SAMPAI ESOK
tertakluk kepada kawasan serahan yang ditetapkan dan hari berkerja
sahaja. Dengan kata lain, jika kawasan bukan pendalaman barangan akan
sampai keesokkan harinya dan jika kawasan pendalaman (sebilangan kecil
sahaja) barangan anda sampai 2,3 hari. Sekian terima kasih. :)
|
| No.
142 |
2011-03-29
04:07:19 |
Nama:Jem
Kandungan
:
package da sampai.. terima kasih.. Mega Cartomizer mmg sedap..
cuma nak tau bila kena tukar?
|
Jawapan:
Cartomizer
boleh ditukar bila rasanya yang sedap menjadi tidak sedap, rasa dah
berubah, kapas dalamnya dah mendap dan vapornya semakin berkurang. jadi
tiba masanya untuk tukar/beli yang baru.. biasanya cartomizer
tahan(life span) di antara 2 minggu ke 3 bulan. Terima
kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
141 |
2011-03-28
22:17:51 |
Nama:Farid
Kandungan
: Bila
nak jual Ego-T Tank yang baru?..
|
Jawapan:
Masih
dalam perancangan dan masih mencari buatan yang berkualiti. Kami dah
order sample sebelum ini dan mendapati tangkinya senang untuk bocor. Terima
kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
140 |
2011-03-26
21:30:35 |
Nama:Faez
Kandungan
:
Salam, sy dh buat keputusan yg sy nk beli e-cig 510-Lite(Package B)
RM68/Set boleh bro bgtau sy brapa yg perlu sy bayar tmasuk pos laju n
brapa lama barang sy akan smp kalo sy bank in(ATM) pd hari ahad..1
hari, 2hari...?
ap2 hal sy sms bro..boleh? thx.
|
Jawapan:
RM68+RM7(Pos
Laju)=Jumlah RM75. Jika anda bank in pada hari Ahad, Pagi Isnin Kami
akan poslaju dan begitulah seterusnya. Kalau ada sebarang pertanyaan
boleh sms kepada kami.
Terima
kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
139 |
2011-03-26
07:35:04 |
Nama:Fawwaz
Kandungan
:
Salam tuan,
saya nk tanya berkenaan dengan clearomizer. clearomizer ni dalam nye
memang dah ada e-liquid atau x? kalau ada, perisa apa? satu lagi, kalau
nk bandingkan clearomizer dengan mega cartomizer, mana lg banyak vapor?
mana yang lg puas hisap? Tq.
|
Jawapan:
Wasalam,
Clearomizer dalamnya masih tiada e-liquid. Bagi kami, mega cartomizer
lebih banyak vapor.
Terima
kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
138 |
2011-03-26
05:46:46 |
Nama:Hafiz
Kandungan
:
Salam..bagaimana dengan batery yang saya hantar untuk replace tu?dah
terima ker?bila boleh saya dpt balik?
bateri yang satu lagi ni pun macam problem juga lah.button tengelam dan
kadang2 tempat penyambungan charger batery tu panas sangat bila kita
hisap..ada kah ianya rosak? hope dpt answer very soon..
|
Jawapan:
Wasalam,
Bateri yang dihantar masih belum diterima oleh kami. Jangan bimbang,
jika rosak kami akan tukar baru secepat mungkin. Biasanya jika panas
tempat penyambungan tu, ada e-liquid bocor kat situ...
Ambil tisu dan lap kan di tempat penyambungan itu sehingga kering.
Sekian terima kasih.
|
| No.
137 |
2011-03-26
01:52:15 |
Nama:Afiq
Kandungan
:
salam, saya lupa nak tanya sesuatu. kalau saya nak beli e-cig ni kene
isi form kt bahagian Buy/Payment selepas bayar kn? mula2 saya kene isi
produk yang saya beli dan adakah saya perlu isi harga pos laju(rm 6)..?
|
Jawapan:
Wasalam,
Selepas bayaran dibuat (Terdapat 2 pilihan di sini):
Pilihan 1: Sila email ke mizuan@gmail.com dengan menyatakan
jenis produk yang dibeli dengan kuantiti dan sertakan bukti pembayaran,
nama, alamat dan nombor telefon anda.
Pilihan 2: Sila isi form di bawah bahagian Buy/Payment.
Harga poslaju termasuk atau anda boleh sms or email dulu apa yang
nak... lepas tu saya akan bagitau jumlah harga
yang perlu dibayar sebelum mengisi Pilihan 1 dan Pilihan 2.
Terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
136 |
2011-03-25
14:51:59 |
Nama:Luq_outlawz
Kandungan
:
Kalau pakai CLEAROMIZER, drip tips yg dijual oleh bos boleh guna? or
cuma boleh guna drip tips yg disediakan saje? tq
|
Jawapan:
Kalau
pakai Clearomizer, Drip tip yang dijual oleh kami juga boleh digunakan.
Sekian, terima kasih.
|
| No.
135 |
2011-03-25
10:41:26 |
Nama:Afiq
Kandungan
:
Salam, saya nk tanya antara pos laju dgn pos ekspres mane lg cepat?
adakah benar pos laju hanya memberi barang yg kita beli apabila ad
tandatangan yg sah(saya)? sbb saya duduk dgn kawan2 dan saya x nak
posmen tu bg barang saya tu kt kawan2 saya..
terima kasih
|
Jawapan:
Wasalam,
mestilah poslaju lagi cepat berbanding pos ekspres seperti yang
dinyatakan.
Poslaju akan menyerahkan barang apabila ada orang yang akan tandatangan
samada tuan punya barang ataupun
wakil. Jika tuan barang tiada di rumah semasa poslaju menghantar
barangan, wakil tuan (kawan serumah) akan menanda tangan untuk
mengesahkan barangan tersebut telah dihantar ke alamat yang diberi.
Sekian, terima kasih.
|
| No.
134 |
2011-03-24
01:22:44 |
Nama:Tuyup
Kandungan
: Mega
Cartomizer bila nak ada bos? dgn dealer lain ada tapi harga gila2.
|
Jawapan:
Sekarang
kami ada jual Mega Cartomizer. Harga sebiji RM10.. .
Terima kasih.
|
| No.
133 |
2011-03-24
00:55:33 |
Nama:Jes
Kandungan
:
Boleh saya tahu siapa pengeluar/manufacturer e-liquid yang anda
jual??.. :)
|
Jawapan:
Pengeluar
adalah daripada Dekang. Jika anda tengok betul-betul pada rim tudung
yang child lock proof, ada tulisan YNDK (YNDK membawa maksud YunNan
DeKang)..
Terima kasih.
|
| No.
132 |
2011-03-23
06:42:08 |
Nama:Nik
Kandungan
:
macamana nak tau utk tukar cartomizer dgn clearomizer??
|
Jawapan:
Bila
asap(vapor) dah kurang, performance down & rasa dah tak best...
Terima kasih.
|
| No.
131 |
2011-03-22
09:24:54 |
Nama:Jem
Kandungan
:
hallo bro, pasal clearomizer. rm20 dpt 1. rm80 dpt 5 + syringe.
soalan:
1) kenapa byk sgt sampai 5?
2) bukankah boleh refil balik??
3) brapa ml 1 clearomizer?
4) kalau pakai clearomizer bermakna x perlu pakai atomizer? wow.. kalau
camtu baik beli bateri ego 1 (rm60)pastu clearomizer 1 (rm20).. kalau
beli camtu ada warranty?
|
Jawapan:
1)
Biasalah beli banyak harga dapat murah sikit.
2) Ya, boleh refill semula. Biasanya
life span dalam 2
minggu ke 3 bulan.
3) Boleh refill sehingga 1.8ml
4) Kalau guna clearomizer atau cartomizer, tak perlu lagi guna
atomizer+katrij.
- Spare part kami ada jual dan boleh
beli serta bateri ada warranty
selama 3 bulan.
Sekian, terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
130 |
2011-03-21
13:56:08 |
Nama:Faiz Langkawi
Kandungan
:
Bos,antara clearomizer dan cartomizer mana lagi best..??
|
Jawapan:
Bagi
saya cartomizer lagi best...nak refill senang, hanya titis e-liquid ke
dalam cartomizer.
Clearomizer kalau nak refill kena guna picagari dan jarum. Terima kasih.
|
| No.
129 |
2011-03-21
04:45:04 |
Nama:Amir
Kandungan
:
Salam, antara E-CIG (TYPE BOX) dengan E-CIG (TYPE 510-LITE)
mana lagi elok dari segi bateri dan vapour?
dua-dua produk ni kalau kita sedut adakah ia akan mengeluarkan lampu
LED berwarna merah seperti VGO?
saya pilih dua produk ni sebab harga murah sikit hehehe
|
Jawapan:
Wasalam,
kedua-dua bateri tersebut mempunyai spesifikasi yang sama, Vapor lagi
banyak jika guna dengan cartomizer... Bateri Type Box dan 510-Lite juga
boleh diguna dengan cartomizer/clearomizer. Kedua-dua lampu LED bateri
ini juga berwarna merah. Terpulanglah kepada anda mana satu pilihan
hati.. Terima kasih.
|
| No.
128 |
2011-03-21
00:00:34 |
Nama:Amir
Kandungan
:
Salam..bro, antara
EGO V1, EGO V2, VGO, E-CIG TYPE 510, E-CIG TYPE 510-LITE,YANG MANA
LEBIH BAIK. MAKSUDNYA DARI SEGI KETAHANAN BATERY DAN VAPOR YANG BANYAK.
SAYA HISAP ROKOK TRADISIONAL KUAT JUGAK. 2 KOTAK SEHARI.KALAU BOLEH,
ALANG-ALANG NAK BELI BIAR YANG PUAS HATI.
LAGI SATU JENIS 810 TAK ADA PUN GAMBARNYA DALAM BLOG NI.
TERIMA KASIH BRO KERANA SUDI MENJAWAB
|
Jawapan:
Ego
V2 paling ramai orang beli dan baterinya kapasiti besar dan banyak
vapor.
810 ada gambar tapi video belum lagi sebab produk ni baru dan tak
sempat rakam video lagi.
Terima kasih kerana menghubungi pihak kami.
|
| No.
127 |
2011-03-20
02:02:50 |
Nama:Afiq
Kandungan
:
Slmn, saya nk tanye
adakah kalau saya hisap e-cig ni saya akan ketagih untuk menghisapnya?
sbb setahu saya nikotin ni menyebabkan kita menjadi ketagih?
|
Jawapan:
Mungkin
ada rasa ketagih sedikit, tapi tidaklah terlalu kuat.. terima kasih.
|
| No.
126 |
2011-03-19
16:00:08 |
Nama:Ahmad
Kandungan
:
Salam, boleh x
kalau saya refill cartridge guna air paip je?
Atomizer boleh rosak x?
|
Jawapan:
Atomizer
tidak rosak, tapi pastikan atomizer dijemur dan dikeringkan jika mahu
guna kembali.
Sekian
terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
125 |
2011-03-18
04:44:08 |
Nama:Faez
Kandungan
: slm, aku nk tanye yg kt home>kelayakan pengguna tu ad tulis yg
e-cig ni x sesuai tuk yg x hisap rokok..betul ke? dn nape org yg x
hisap rokok x leh try e-cig ni?
|
Jawapan:
Maksud
tidak sesuai ialah tidak digalakkan bagi yang tidak merokok. Dah
elok-elok tidak merokok jadi tak perlulah cuba nak merokok walaupun
hanya rokok elektronik. tapi kalau nak mencuba juga... terpulanglah...
Sekian
terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
124 |
2011-03-17
00:14:24 |
Nama:Luqman
Kandungan
: Salam,
boleh terangkan cara nak isi juice dlm Cleromizer tq.
|
Jawapan:
Kami
akan tunjukkan cara-cara refill clearomizer dalam website ini bila stok
dah ada.
Sekian
terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
123 |
2011-03-15
15:12:19 |
Nama:Ahmad
Kandungan
: Bukti
pembayaran tu
macam mana eh?
|
Jawapan:
Bukti
pembayaran telah diterangkan di bahagian BUY/PAYMENT. Anda boleh print
screen atau
ambil gambar dengan telefon bimbit/kamera dan upload ke komputer dan
email kepada kami.
Sekian
terima kasih kerana menghubungi kami.
|
| No.
122 |
2011-03-15
00:40:02 |
Nama:Juan
Kandungan
: Salam,
apa kata bro tambah e-liquid 30ml, so kami pembeli ada pilihan nak btl
10ml atau 30ml..sekadar cadangan saya sahaja.. apa2 pun VGO memang best.
|
Jawapan:
Wasalam,
untuk makluman bulan depan kami akan tambah perisa 30ml untuk perisa
Dunhill sahaja.
Terima kasih kerana menyokong kami.
|
| No.
121 |
2011-03-14
02:26:25 |
Nama:Ghani
Kandungan
: Salam.
Saya dah terima Ego V2 starter pack pada 14/2/2011 dan sejak itu tak
pernah hisap rokok tembakau lagi. Dan sekarang side effectnya ialah
saya tak suka bau asap rokok. Saya berpuashati setakat ini dengan EgoV2.
1) Dalam starter pack, ada 2 set e-cig. Set A saya taruk perisa
strawberry dan set B perisa red bull. Baru2 ni saya perasan yang salah
satu atomizer (A) mengeluarkan asap banyak tapi tiada perisa. Saya
tukarkan katrij ke B dan asap kurang sedikit dari A tapi ada perisa.
Saya ada tambahkan perisa untuk perbandingan. Saya ubahkan bateri A ke
B pun hasil yg sama. Atomizer A lebih panas dari B dan bila saya tekan
punat dan lihat dalam atomiser, saya dapati ianya cepat merah menyala
berbanding B. Apa masaalahnya? Adakah A rosak? Saya ada membersihkan
atomizer dgn cara meniup atomizer seperti dlm video youtube. Harap bro
boleh bantu.
2) Hari Rabu saya akan ke Kuala Terengganu sehingga hari Jumaat.
Cleromizer dah sampai ke belum? Agak2 berapa harga jualan? Saya ada try
sorang dealer punya clearomizer yg dimodified guna picagari. Rasa lebih
konsisten dan sacdg nak beli dgn bro kalau ada stok hari khamis atau
jumaat.
|
Jawapan:
Waalaikummussalam,
Dalam
atomizer ada
perintang dan filamen. mungking kadar pembakaran ada perbezaan sedikit
di
antara atomizer tersebut. Jika pembakaran terlalu panas(overheated),
perisa e-liquid akan rasa burning sedikit.
Jika
rasa burning teruk sangat, atomizer tersebut telah rosak dan perlu
diganti.
Cleromizer
mungkin ada stok pada Khamis atau Jumaat (tapi tak janji)
dan harganya ialah RM20 sebiji. Sekian Terima kasih.
*Kalau nak datang kedai kami, sms dahulu.
Sekian
terima kasih kerana menghubungi kami.
|
|
|
|