back                             LIVE  YOUR LIVE
                                 LOVE YOUR LIVE
www.e-cigarette/idewaheeda.com
Loading
Survay pg1
No. 32 2010-07-13 14:55:02
Nama:Aziman Abdul Azis
Kandungan : Saya berminat untuk membeli E-LIQUID perisa dunhill high tetapi tidak tahu cara2 pengisian semula.. mohon penerangan dan saya berminat untuk menjadi agen produk ini.
Jawapan:
Hanya tuang 3,4 titik e-liquid ke dalam lubang katrij yg mengandungi bahan mcm kapas tu. Jangan sampai melimpah keluar daripada lubang tersebut kerana ia akan menyebabkan rasa pahit apabila mengalir keluar ke lidah.

No. 31 2010-07-12 15:09:02
Nama:Azim
Kandungan:liquid marlboro high ada stok tak? Pos percuma kan?
Jawapan:
1. 10ml e-liquid perisa Marlboro High masih ada stok. Sila email ke mizuan@gmail.com jika nak pastikan stok yang ada (Lagi cepat dan pantas). Pos adalah percuma untuk e-liquid.

No. 30 2010-07-12 09:22:30
Nama:MUSFIK
Kandungan:kalau mau beli liquidnya brp harganya...dan rasa djarum super ada gak yah....
klo ongkir ke semarang brp yah...
terimakasih.
Jawapan:
1. Harga e-liquid telah diterangkan dengan jelas pada website kami.
2. e-liquid perisa Djarum ada seperti yang dinyatakan di dalam senarai kami.
3. Harga pos juga telah dinyatakan dengan jelas.
Sekian, terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 29 2010-07-03 11:28:19
Nama:ScyLkekir
Kandungan:Bro, nak tau la spare partnye mcm kapas ade u jual ke?? Sekian...
Jawapan:
Kapas tak ada jual. Tapi katrij ada jual. Untuk makluman katrij jenis PCC-01 dan PCC-02 adalah tidak sama di antara satu sama lain. Katrij perlu ditukar selepas 20 hingga 30 kali refill (dengan e-liquid) selepas kapas di dalamnya menjadi pekat dan tepu.

No. 28 2010-07-03 06:04:56
Nama:Adrian
Kandungan:Is my atomizer under PCC-02 under warranty? If not how much does it cost? I want to get 2 more atomizer. Thanks.
Jawapan:
Yes, you have entitle to get 3 months warranty. Cost new PCC-02 atomizer is RM55(Current price). Thank you.

No. 27 2010-06-30 22:16:43
Nama:Muhammad Fadir bin Abu Bakar
Kandungan:Boleh nak jadi agent jualan x..?mcm mana dengan harga..?
Jawapan:
Maaf kerana lambat reply. Sila email ke mizuan@gmail.com untuk permohonan.

No. 26 2010-06-30 22:20:36
Nama:Ismizai
Kandungan:Camana nak jadi dealer/agen
Jawapan:
Maaf kerana lambat reply. Sila email ke mizuan@gmail.com untuk permohonan.

No. 25 2010-06-29 22:15:50
Nama:Vin
Kandungan:Bro, u ada kedai tak? Kalau nak COD boleh?Caj penghantaran boleh combine tak kalau beli byk?
Jawapan:
Buat masa sekarang kedai belum ada lagi sebab kami lebih selesa menjual secara online. Mungkin masa akan datang ada kedai.
Kami lebih senang beroperasi secara penghantaran barang melalui pos. Namun kalau pelanggang tetap nak COD juga, terpaksalah...... apa boleh buat... custumer always right... heheh.
Boleh combine caj penghantaran kalau beli banyak dan caj penghantaran kami adalah antara yang termurah.

No. 24 2010-06-28 02:35:33
Nama:Orang Lama
Kandungan:Bro...Bro...Bro... kenapa gua hisap rasa pahit je lidah lepas guna e-liquid...???
Jawapan:
Rasa pahit kat lidah apabila e-liquid refill terlalu banyak ke dalam katrij menyebabkan ia melimpah keluar. Cara penggunaan yang betul ialah, titiskan betul-betul ke dalam lubang yg berisi mcm kapas putih, jangan sampai melimpah keluar. Jika limpah, ia akan masuk dan keluar ke dalam lubang kecil yang kita sedut memyebabkannya pahit jika terkena lidah. Ia banyak berlaku untuk katrij jenis PCC & box. Jenis Pen style, tiada masalah.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 23 2010-06-27 05:12:51
Nama:Orang Baru
Kandungan:Adakah perbezaan antara PCC-01 dan PCC-02 selain dari kotaknya? Nampaknya sama aje. Tapi rasa bagi katrij tak sama
Jawapan:
Dia ada sedikit perbezaan saiz rokok dan bentuk atomizer nya. Untuk makluman, alat gantinya berbeza dan tidak sepadan dengan satu sama lain, termasuklah juga katrijnya. Rasa bagi katrij jika perisa dunhill dan sebagainya adalah sama. Sekian.

No. 22 2010-06-20 05:25:35
Nama:Anas
Kandungan:br0.. klu sy nk jdik dealer..bleh x?
Jawapan:
Boleh. Sila email kepada mizuan@gmail.com untuk permohonan dan keterangan lanjut.

No. 21 2010-06-18 05:44:04
Nama:Izi
Kandungan:atomizer ad jual x.... bape inggit.. hge untuk 1 set x ley kurang lagi kew...??
Jawapan:
1. Harga atomizer RM60 untuk jenis Penstype dan PCC-01 e-cig. Harga ini boleh kurang jika pernah membeli starter pack dengan kami.
2. Harga untuk starter pack baru sahaja dikurangkan berbanding daripada harga minggu lepas. Harga produk kami adalah antara yang terendah di pasaran.
Sekian terima kasih.

No. 20 2010-06-15 11:42:01
Nama:Helos
Kandungan:  salam.. semua perisa dalam e-liquid yang disiarkan ada didalam stok ker?
Jawapan:
Biasanya senarai e-liquid yg terdapat di website ini dikemaskini setiap hari.Sekian, Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 19 2010-06-15 00:18:47
Nama:Org lg baru
Kandungan: Sy bru beli e-cigarette nih..tp,kt dlm catridge tu,xde kapas pun,atau ap2 shja bnd mnerap,sy hanya dapat catridge kosong,,ap perlu sy bwat? ap perlu sy beli?
Jawapan:
Kalau jenis PCC E-Cig, katrij yg diberi sebanyak 6 unit, 1 unit di dalamnya memang tiada kapas di dalamnya manakala 5 unit lagi ada kapas. Jika kesemua katrij tersebut tiada kapas, mungkin ini defect dari kilang.
Jika anda beli dengan kami, kami akan gantikan dengan yang baru.
Sekian, Harap Maklum.

No. 18 2010-06-11 11:06:46
Nama:Org Baru
Kandungan: Mcm mana nak refill cadtridge? tunjukkkan langkah2 yg betul. Saya refill 2,3 drop ke dlm kapas dlm cadtridge.... Pastu saya hisap kali pertama ok byk asap, kali kedua kurang dah asapnya.... pastu kali 3 & 4 asap makin kurang dan kurang....
Jawapan:
Langkah tu dah betul. Namun katrij perlu ditukar selepas 20 hingga 30 kali refill kerana kapas di dalamnya dah jadi pekat(tepu) menyebabkan kurang asap(vapor) yang keluar. Cara hisap iaitu dengan sedut perlahan-lahan dengan satu nafas panjang juga membantu asap keluar dengan banyak.
Sekian, Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 17 2010-06-08 22:33:44
Nama:Fazli
Kandungan: Salam, untuk e-liquid,di antara perisa Dunhill (Extra High, High, Medium & Low),yang mana hampir menyerupai dunhill sebenar?
Jawapan:
Mungkin Dunhill Extra High hampir menyerupai Dunhill yang sebenar dan Medium high hampir menyerupai Dunhill light yang sebenar. Namun ia bergantung pada citarasa seseorang. Cuba dahulu baru tahu!!! Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 16 2010-06-07 02:50:06
Nama:Izi
Kandungan: knape PCC x msuk dlam lelong dah....msuk la...
nak men bid... pastu starting price 2 rendahkan la....
Jawapan:
Skarang dah masuk dalam lelong, tp satu je.. nak banyak tunggu minggu depan... tu harga starting price antara yang terendah.. dah tak boleh rendah lagi..


No. 15 2010-06-06 12:49:46
Nama:izi
Kandungan: Mane lagi bgus... pen style or PCC...? mane lebih jimat,bli starter pack or bli stu barang die...  cam bli atomizer,battery,charger dll.?
Jawapan:
1. Mana lagi bagus antara pen style atau PCC terpulang pada masing-masing citarasa. Setiap e-cig tersebut ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi pilihan adalah di tangan anda.
2. Tentulah lebih jimat dengan membeli set starter pack.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 14 2010-06-03 11:13:36
Nama:Org baru
Kandungan:
1. Nak beli e-liquid.... [Extra High:Dunhill] 10ml (nak 2 botol)
2. Berapa bayarannya.... nak cepat ni.... e-cigar dah abis... xnak rokok tradisional lagi.... best... dada rasa lapang.... mlm pun nyenyak tidur....
3. saya nak jd dealer utk jual nie e-cigar cam mana ya.... ramai yg menanya dan nak juga....
Jawapan:
Harganya ialah seperti yang tertera di dalam website ini iaitu RM25/botol termasuk caj penghantaran. Kalau nak 2 botol, pandai-pandailah darab ekk...
Untuk menjadi dealer, saya dah email untuk makluman tuan. Sekian, terima kasih.

No. 13 2010-06-03 01:45:22
Nama:Spark
Kandungan:  brape lma jngka hayat bateri dier?
Jawapan:
Seperti yang telah terdapat di dalam spesifikasi, jangka hayat bateri ialah tidak kurang dari 300 kali caj. Terima kasih.

No. 12 2010-06-01 03:03:28
Nama:Helos
Kandungan:
1.kalau beli starter pack PCC dapat skali katrij 5pcs kn?adakah perisa kelima-lima tersebut sama,apakah perisanyer?
2.bila harga PCC ni nak turun?
3.ada surat kelulusan doktor ke PCC ni?
Jawapan:
Katrij yang ada dalam PCC starter pack biasanya perisa Marlboro High. Semua perisa untuk kelima-lima katrij tersebut adalah sama. Ini tidak boleh ditukar dengan perisa yang lain kerana katrij yang dijual telah dibungkus dengan plastik manakala yang berada di dalam PCC starter pack tidak dibungkus dengan plastik kerana ia sudah berada di dalam case. Untuk mendapatkan perisa yang lain, anda kena beli perisa lain yang terdapat di dalam stok kami.
2.    Kami tiada perancangan lagi untuk menurunkan harga setakat ini.
3.    Surat kelulusan doktor tiada,  namu ia mendapat kelulusan oleh badan antarabangsa seperti yang telah dinyatakan.
Sekian, terima kasih.

No. 11 2010-05-29 07:21:27
Nama:Nurayz78
Kandungan:
aku baru test e-cig ni 1 minggu dan dalam 1 minggu tu jugak aku xhisap rokok biasa...memang x rasa macam nak hisap rokok biasa lepas try e-cig ni..masa memula try memang ada rase lain sikit tapi lepas 2-3 hari rasa mcm isap e-cig ni lebih praktikal dan of course slamat compare ngan rokok biasa...bleh isap kat mane2 plak tu..itu semua pro nye...con nye pulak:- ,,xtahu bile nak stop hisap sbb xhabis2..last skali,stop bile asapnye dah kurang mknanye kena refill :D
conclusion nyer..:- government patut declare benda ni sbg alternatif wajib to malaysian smokers (tu pun klu diaorng really concern about our health la).. :P TQ
Jawapan:
Setuju dengan pandangan saudara dan kesihatan diutamakan.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 10 2010-05-25 10:01:45
Nama: Zaidi
Kandungan:
1-Saya ada beli PCC E-CIG Starter pack pada bro minggu lepas yg saya muskil kenapa catridge yg saya sedup terlalu cepat habis walaupun cuma guna sekali waktu mlm sahaja,mlm sok kena tukar catridge baru (1 catridge cuma sekali pakai je tak sampai pun 250 hisapan). Boleh bagi cara guna yg betul?
2-kalau saya nak guna E-Liquid (refill), catridge boleh guna yg lama atau perlu beli catridge utk E-Liquid?
Jawapan:
1. 250 hisapan hanyalah untuk e-cig jenis pen style. Jenis PCC e-cig hanyalah untuk 150 hisapan (sila rujuk spesifikasi yg diberikan). Cara hisap yg sesuai ialah sedut perlahan-lahan dengan 1 nafas yg panjang. Dengan cara ini asap (wap air) yg keluar pun banyak.
2. Cartridge yg terpakai masih boleh digunakan untuk refill. Namun cartridge sesuai ditukar selepas 20 hingga 30 kali refill disebabkan cecair di dalam cartridge menjadi tepu(pekat) dan menyebabkan asap(wap air) yang keluar berkurangan.
Untuk jenis PCC e-cig, mencukupi hanya titiskan e-liquid 3,4 titis sahaja. jangan titiskan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan bocor seterusnya boleh memendekkan jangkahayat bateri dan atomizer.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 9 2010-05-10 05:16:59
Nama:Boss
Kandungan:  Bro gua nak order dia punya refill.. mcm mn caranya brapa lama br sampai?
Jawapan:
Caranya ialah buat bayaran ke nombor akaun Maybank atau CIMB yang terdapat di ruangan Payment. Selepas bayaran dibuat, sila email ke mizuan@gmail.com dan sila isi maklumat seperti di bawah:
1. Perisa e-liquid, kandungan nikotin (high/extra high) dan kuantiti.
2. Nama Anda
3. Alamat anda(diperlukan untuk pos)
4. No. Telefon(diperlukan untuk pos)
5. Bukti pembayaran.
* Caj pos adalah percuma dan sampai biasanya 2 hari waktu berkerja.
Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 8 2010-03-28 02:02:03
Nama:Zed
Kandungan:  Bro. boleh kasi cerah sikit tak...
1. bila dah hisap rokok tu, kalau nak habiskan session hisap tu camana. Contohnya kalau rokok biasa dok sedap hisap tu boss panggil biasanya tenyeh je sisa rokok tu kat dinding. Yang ni pulak camana.
2. satu catridge tu berapa lama boleh tahan?
3. Cadangan ...nak perasa DUNHILL..
Jawapan:
1. Rokok elektronik senang saje nak habiskan seisi hisap rokok, hanya masukkan rokok di dalam poket je. Bila nak hisap semula, hanya keluarkan rokok dan terus hisap, tak payah terpinga-pinga nak cari pemetik api.
2. Satu Katrij boleh tahan lebih kurang 250 hisapan atau bersamaan dengan 20 batang rokok biasa (Tradisional).
3. Maaf perisa Dunhill belum ada buat masa sekarang... Coming soon..

No. 7 2010-03-24 09:39:02
Nama:Azrin
Kandungan: saya ade beberapa perkara nak tanya:
1) betul ke rkok ni rasa cm rokok biasa@ bleh hilang ketagihan?
2) ade kelulusan sirim ke?biase brg yg libatkan elektrik ni kena ade approve dari segi safety.yelar takut meletup ke,ke kejutan elektrik ke kan.sape nak tggung
3) kalu refill habis nk beli kat mane ye?
time kasih.tpi saya masih sangsi lg psl produk ni ni.terutama dari segi keselamtan.hmm
Jawapan:
1) Rasanya seakan-akan rokok biasa dan ianya mengandungi nikotin. Sedikit sebanyak ia boleh menghilangkan ketagihan daripada menghisap rokok biasa. Lama-kelamaan kita boleh tinggalkan terus daripada menghisap rokok biasa yang mempunyai pelbagai racun merbahaya itu.
2) Kelulusan Sirim belum ada lagi sebab produk ini masih baru. Namun ia mendapat kelulusan daripada badan antarabangsa seperti RoHS dan CE.
- RoHS (Restriction of Hazardous Substances), officially known as Administrative Measure on the Control of Pollution Caused by Electronic Information Products.
- The CE marking (also known as CE mark) is a mandatory conformity mark on many products placed on the single market in the European Economic Area (EEA). The CE marking certifies that a product has met EU consumer safety, health or environmental requirements.
3) Jangan bimbang jika refill (Cartridge) habis kerana kami juga ada menjual cartridge dengan harga yang berpatutan selain pos penghantaran percuma.
Dari segi keselamatan pula, setakat ini tiada lagi laporan yang menyatakan rokok elektronik ini merbahaya. Anda perlu lebih bimbangkan menghisap rokok biasa (tradisional) yang tembakaunya mengandungi lebih daripada 4000 racun merbahaya.

Maaf kerana lewat membalas soalan saudara. sekian....

No. 6 2010-03-25 03:59:17
Nama: Amran
Kandungan: Rokok ini baru ke? xpernah dgrla... selain warna putih apa warna yg ada
Jawapan:
Di Malaysia rokok ni masih dikira baru lagi. Kalau hisap depan orang ramai, mesti ramai yang terpegun. Namun rokok elektronik ini sudah terkenal di Europe dan USA.
Selain warna putih, warna hitam dengan nyalaan LED warna biru pun ada. Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 5 2010-03-21 06:32:07
Nama: Najib
Kandungan: Die bg kotak sekali? kotak e cigarette yg kaler itam tu.. dlm gambo tak nmpk pon.
Jawapan:
Kalau beli Starter pack, kami akan bagi dengan kotak sekali. Dekat kotak tu ada tulis e-cigarette, namun mungkin kurang nampak di dalam gambar sebab warnanya kuning keemasan. Maaf jika tidak menjawab soalan saudara kerana soalan yang dikemukakan kurang jelas.

No. 4 2010-03-13 12:09:26
Nama: Salahudin
Kandungan:
1. Ada waranty? brapa lama? apa yg dicoverkan?
2. Brapa level miligram nikotin?
3. buatan mana?
4. kuat tak menda ni dari segi ketahanan produk? jatuh ke, defect ke, atau apa2 saja...
sekian... tima kasih kalau tolong jawab... :-)
Jawapan:
1. Tempoh jaminan adalah selama 3 bulan. Jaminan ini termasuk semua item dalam starter pack iaitu atomizer, bateri,AC charger dan Power Cord.
2. High mengandungi 16mg/g nikotin dan superhigh mengandungi 36mg/g nikotin.
3. Buatan China. China adalah pengasas kepada produk rokok elektronik ini. Produk ini juga telah dipasarkan ke europe dan US.
4. Biasanya kalau jatuh paras meja tiada masalah, kalau ada defect pihak kami akan tukar ganti dengan yang baru.

No. 3 2010-3-12 09:14:28
Nama: No Name
Kandungan:Naper dlm kotak atomized cartridge ada byk pilihan flavor, tp yg ko jual cikit ajer?
Jawapan:
Kepada No Name. Memang terdapat banyak pilihan perisa seperti yang tertera pada kotak katrij tersebut, pihak kami akan menyimpan stok lain-lain perisa jika terdapat permintaan daripada pelanggan. Begitu juga tahap nikotin perisa tersebut, stok akan dibuat jika ada permintaan. Terima kasih kerana menghubungi kami.

No. 2 2010-3-8 17:01:21
Nama: Elly
Kandungan:Adakah penghantaran barang adalah terjamin?
Jawapan:
Pihak kami biasanya akan menghantar pesanan untuk starter pack dengan menggunakan pos laju. Barang yang rosak semasa pos akan ditukarganti dengan yang baru. Terima kasih kerana hubungi kami.

No. 1 2010-03-06 12:59:51
Nama: Azman
Kandungan:Fast delivery & good product!!!
Jawapan:
Terima kasih di atas sokongan anda semua.